Monday 9 April 2018

Teknologi , bertambah atau berkurang iman?

Perkara yang paling tidak sedar dalam kehidupan. 
Makin canggih teknologi, makin jauh kita daripada Tuhan. 
Unbelievable? 
Do check yourself before you wreck yourself . 


Thursday 5 April 2018

Diam itu EMAS

Jika berkata kata itu perak, maka diam itu emas. 
Jadilah seperti diam diam ubi berisi. 
Bukannya petah bercakap tetapi tidak berilmu. 

Pilihan di tangan anda samaada im lovin' it atau it's finger lickin' good. 


Wednesday 4 April 2018

Hijrah itu MANIS


Di sebalik kepahitan terselit kemanisan. 
Kalau kemanisan itu mudah dicapai,
 penghijrahan boleh dibeli di mana mana sahaja.
 Jangan biarkan kesusahan itu merantai perjalanan hijrah kita. 


" Bila selangkah ku rapat padaMu, seribu langkah Kau rapat padaku "


Monday 2 April 2018

Sakit itu UJIAN

Bila Allah hadirkan rasa sakit, kembali muhasabah.
 Mungkin itu satu tanda bahawa Allah merindukan tangisan dan doa hamba Nya.
 Jangan diratapi tetapi jadikan ia satu peluang untuk lebih dekat Pencipta. 
Jaga kesihatan jaga diri dan jaga iman.


Friday 30 March 2018

Masalah itu normal :)


Masalah dan kehidupan berpisah tiada. 
Urus lah masalah dengan cara sebaiknya. 
Life's too short to be stress.
 Let me see your smile :)



Wednesday 28 March 2018

Yang beragama itu pasti berakhlak

Memilih dan dipilih hak individu. 
Namun, jadikan agama sebagai tunjang kehidupan.
 Sebagaimana kita memilih makanan yang paling sedap, 
pakaian yang paling cantik, 
maka pilihlah untuk menjadi orang yang beragama 
nescaya akhlak menjadi keperibadian diri.







Tuesday 27 March 2018

Tetamu datang membawa berkat.


Islam sangat menggalakan kita dalam meraikan tetamu. Tetamu yang datang membawa rezekinya yang tersendiri. Jangan pernah mengeluh  tetapi bersyukur. Mungkin yang sedang sakit akan sembuh. Yang bermasalah akan hilang masalahnya. Yang keruh akan tenang dan sebaliknya. Namun semuanya dengan izin Allah.

Tetapi harus di ingat, dalam Islam ada adab melayan tetamu dan adab sebagai tetamu.

Sebagai contoh, adab sebagai tetamu hanyalah satu malam sahaja kerana terdapat kemudahan kemudahan yang disediakan khususnya di bandar.