Wednesday 18 December 2013

unija ~


Yeayyyy! Dah habis final exam...
Maka nya masa bercuti
 Bila cuti makanya makan minum tidur.
Allah teghuknya definisi cuti.

Selamat pulang ke kampung halaman buat semua sahabatku!

Jaga diri semuanya.
Jumpa lagi di semester 4

bye bye bye bye



Wednesday 4 December 2013

Rantai Ukhwah





Desir-desir angin yang menyapa lembut seolah-olah memberi tamparan kepada kita yang lahirnya kita di dunia ini tidak memerlukan pembayaran.Bayangkan,setiap detik kita bernafas itu ada nilainya.Subhanallah,mungkin kita semakin rakus dalam mengejar arus duniawi.

   Dikala ku duka,setiap tangisan dan juga ketawa,Kau ada dikala ku perlu,setia menemaniku, Pegang erat tanganku bila aku jatuh….Ya,jika kita minta pada semua orang untuk menyanyikan bait-bait lagu ini, semua orang akan mampu nyanyikan, silap hari bulan,dengan gayanya sekali.Tetapi,andainya diminta untuk tafsirkan setiap bait-bait itu , mampukah kita?? Dalam melangkasi dunia fatamorgana ini, sedarkah kita akan satu tanggungjawab yang tergalas pada diri kita selain menjadi hamba kepada Sang pencipta , menjadi anak yang soleh dan solehah kepada ibubapa , Sedarkah akan satu frasa yang sering kita lupakan ?? iaitu menjadi seorang SAHABAT yang baik dalam erti kata yang sebenar.

   Rantai persahabatan, itulah yang menjadi teman dalam diam tanpa kita sedari seolah –olah duri dalam lipatan, api dalam sekam dalam kehidupan kita seharian.Terdetik di hati ini untuk memilih tajuk ini. Nampak macam remeh tapi janganlah kita mudah memandang enteng.Setiap benda ada nilainya yang tersendiri.Lahirnya ke dunia bukan pintaan dalam keadaan sedemikian. Ya,Allah sayang padanya.Allah ujinya dengan cara tersendiri.Tapi siapakah diri kita untuk menghukumnya ?? Kenapa,dalam hidup ini perlu ada rantai persahabatan yang merantai hidup kita ?? Kenapa ?? Usah bermegah dengan apa yang dikurniakan.Ingatlah,itu hanyalah pinjaman semata-mata. Memetik satu kata-kata, orang yang betul-betul sahabat ialah, apabila kita ditimpa masalah,dia akan mengucapkan,“awak ada masalah ke? Boleh saya tolong? Kongsilah dengan saya .”Itulah sahabat yang kita cari bukanya sahabat yang hanya mampu mengucapkan , “sabarlah,itu ujian”. Bukan untuk perendahkan dia , tetapi semua orang mampu menuturkan ayat tersebut hatta orang asing yang kita kenali ketikamana kita tersadung di jalanan.Tanpa kita sedar,sepotong ayat sahaja mampu mengubah siapa kita dalam hidup teman-teman kita.Semua orang mampu memberi keseronokan kepada kita , tapi seorang sahabat yang baik tidak akan melihat sahabatnya terus-terusan terbuai dengan arus keseronokan duniawi.

   Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut, Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu.Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.Dia juga akan membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat dan mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.Alangkah kerdilnya diri kitakan,andainya bersahabat tanpa niat yang kudus.

   Hadirnya sahabat yang penuh kekurangan adalah satu pelengkap kepada diri kita,tetapi hati kita buta untuk menilainya apatah lagi menerimanya.Andainya,Allah memberi peluang kepada kita untuk merasai ,apa yang mereka rasakan, tak tertahan rasanya menanggung perit penderitaan.Mengambil contoh satu kisah, seorang sahabat yang manis orangnya, sering tersenyum hatta sehelai kain yang menutupi,dilahirkan dalam kekurangan. Entah di mana silapnya, sang rakan seolah-olah membutakan mata akan kehadirannya.Di hati yang naïf ini terdetik, Ya Allah,andainya aku di tempatnya, adakah aku setabah dan sekuatnya?? Diperlakukan seakan-akan hinanya dia untuk bersahabat dengan orang yang cukup “sempurna” di mata manusia.Di saat itulah terdetik di hati ini,itulah rantai persahabatan yang mengikat kita semua. Kesempurnaan telah menjadikan kita selesa dalam meniti hari-hari dalam kehidupan.Sedangkan, “Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.” Bukannya teman yang sempurna membawaku ke syurga. Jika itulah prinsip persahabatan yang dicari yang dikejar, diri ini merasakan,kehidupan dua darjatlah yang menjadi jawapannya.Usah kita lupa , kerana sahabatlah kita mengenal apa itu erti kehidupan.Sememangnya ibu yang melahirkan kita, yang mendidik kita tetapi dalam konteks hidup bermasyarakat, sahabatlah yang menjadi nadi utama untuk kita , jika tidak ungkapan ini tidak popular , pilihlah kawan yang boleh membantu bukannya yang menjadi hantu . Hantu di sini bukanlah makhluk halus seperti yang kita sedia maklum, iannya cuma suatu ganti nama untuk menunjukkan yang sahabatlah yang membawa kita ke arah kebaikan , sahabat jualah yang membawa kita ke arah keburukan . Punca statistik masalah sosial meningkat juga mengatakan pengaruh rakan sebaya yang menjadi pemangkin utama. Ibn Asakir menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Jauhilah kawan yang buruk akhlak dan perangainya, kamu akan dikenali sepertinya” Sabda Baginda lagi:”Seseorang itu berada atas cara hidup kawannya, maka perhatikanlah tiap seorang daripada kamu, siapakah yang didampinginya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Abu Daud). 

   Jadi jelaslah, peranan sahabat begitu penting kepada kita.Usahla dinilai, cantikkah dia?? Kuruskah dia?? kayakah dia?? Sempurnakah dia ?? Sematkan di hati, kerana ALLAH , aku bersahabat dengannya.Insha Allah, rantai persahabatan itu akan berkekalan tanpa memikirkan kesempurnaan.Sebagaimana firman Rasulullah yang bermaksud: 

   ”Jangan kamu bersahabat melainkan dengan orang yang beriman dan jangan berikan kecuali kepada orang yang bertaqwa.” (Hadis riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi).

   Dan sebagai sahabat, ingatlah , kita mestilah sentiasa menegur kesilapan sahabat di atas perkara yang benar.Seakrab mana pun kita dengan dia,tegurlah ia , kerana lebih baik bercakap jujur yang mana mungkin menyakitkan hati seseorang daripada menipu membuatkan seseorang tersenyum.Berkata benarlah walaupun iannya pahit sekalipun.

   Kesimpulannya, Hati-hatilah memilih sahabat, kerana sahabat boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun bersahabatlah kerana Allah untuk mencari redha-NYA. Bak kata pepatah Arab, “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.” 





Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran,
Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya”

Friday 28 June 2013

SMART ISLAMIC THINKER 2013




Alhamdulillah.. segala puji bagi ALLAH..

Syabas dan tahniah kpada pengerak SIT13..
tanpa anda ,
program ini xakan dpat bjalan dgn lancar...
saat laungan lagu cerita hati by hafiz hamidun dinyanyikan kali terakhir dtambah dengan lagu doa perpisahan..
terlerai air mata tangisan kegembiraan yang mana segala susah senang yg dhadapi berjaya dhapuskan dengan melihat adek2 peserta bgtu bgmbira dan mebri komitmen yg tnggi mskipun pda awalnya kami dkejutkan dngan jmlah pserta yg rmai..
namun kami dicabar oleh kaunselor & kami mnyahut cabarn itu..
buktinya ..
KAMI BERJAYA .....


tahniah & ucapan terima kaseh buat smua team SIT13..
saya doakan antum semua sentiasa dbwah redhaNYA..
pelbagai tangis & tawa dapat kami lakarkan dlaam melaksanakan SIT13

ANTARA aktiviti2 kami :
malam perasmian..
penyampaian gimik pelancaran


LDK 1: MENYINGKAP TIRAI UKHWAH

MALAM SAYA PUN BOLEH

LDK 5 : MISSION BOARD



riadah senaman RUHUL JADID bsama adek2

EXPLORACE : ZON KAHAK

EXPLORACE : BALINGAN MANJA


LDK 3 : OMEGA A
*pembaziran telur berlaku disini !

LDK 2: INITPATI UKHWAH

PERSEMBAHAN abg2 fasi
* amin , syammil , gdin , aqil , adam , man , amier 

persembahan akak2 fasi perempuan yg meruntun hati..

tatapan istimewa !!


cikgu md noor yg bnyak mbntu dlam SIT13

cg noor ...

gambar kenangan yg menitis air mata ..
1.2.3..........SENYUMM ! @_@

kenangan yg tercipta !